bintang di langit umpama sesuatu yang sukar diungkapkan

09 February 2009

Malam irama wahyu


pada 7 febuari 2009 bertempat UiTM Johor telah diadakan satu event yang agak gah jika ingin diperkatakan. Event ini di namakan Malam Irama Wahyu (MIW) anjuran Persatuan IRAMA yang telah banyak bekerja keras bagi menjayakan program ini. Saya sebagai salah seorang bekas exco IRAMA berasa bangga dengan kejayaan persatuan IRAMA di dalam menjayakan program ini. Bagi saya berpendapat bahawa IRAMA kini telah matang dan telah mula mongorak langkah . Dengan berbekalkan Penasihat yang cukup hebat dan yang sangat memahami ahli-ahlinya menjadikan persatuan IRAMA itu sendiri sebuah persatuan yang unik dari segi ukhuwahnya.

Disamping itu saya juga berbangga menjadi salah satu produksi IRAMA dimana saya merupakan salah seorang ahli kumpulan GEMA (Group Entertainment Muslim Arts) . Di malam yang meriah lagi mulia itu saya dapat menyaksikan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid yang ternama di tanah air kita iaitu IN-TEAM dan UNIC. Saya berasa bertuah kerana di berikan kesempatan untuk mendengar dakwah dan tarbiyah mereka...Alhamdulillah..syukuran...

"kerja yang kita lakukan mestilah ikhlas , insyallah hidup kita akan diberkati ...insyallah.."

No comments:

Post a Comment

mekacih bebanyak yer insyallah nanti sy akan reply segala pertanyaan dan komen dari anda wee